Resepi Talam Seri Muka Durian - Seminit Resepi

Talam Seri Muka Durian



Resepi :  Talam Seri Muka Durian

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Bawah

  • 1 1/2 cawan beras pulut
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan

Bahan Atas

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 tbsp tepung beras
  • 1/2 tbsp tepung kastad
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1 cawan durian
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan gula kastor
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Rendam beras pulut sekurangnya 2 jam. Kemudian gaulkan dengan santan dan garam. Letakkan daun pandan. Kukus selama 30 minit atas sehingga pulut masak.

  2. Apabila pulut sudah masak, padatkan pulut ke dalam loyang 7 inci.

  3. Sekarang, kita buat adunan untuk lapisan atas. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kacau rata. Masak sehingga adunan suam sahaja.

  4. Tuangkan adunan ke atas pulut tadi. Kukus lagi 15-20 minit.

  5. Sejukkan dan sedia dihidang