Resepi Heaven Fruit Cake - Seminit Resepi

Heaven Fruit Cake



Resepi :  Heaven Fruit Cake

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kek

  • 2 biji telur B
  • 75 gram tepung kek
  • 50 gram gula kastor
  • 1 tspn baking powder
  • 1 tspn ovelet
  • 40 ml air
  • 40 ml minyak jagung
  • Esen vanila
  • Secubit garam

Bahan Lain

  • 1 cawan non dairy
  • whipping cream
  • Buah campur tin
  • Buah pic tin
  • Strawberi
  • Blueberry

Bahan Rasberi Sos

  • 200 gram rasberi
  • 2 tbsp gula kastor
  • 1 tbsp air

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kek, kecuali minyak jagung ke dalam bowl. Pukul hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan minyak jagung. Kacau secara kaup balik sahaja.

  2. Spray kan loyang dengan cooking spray, dan lapikkan dengan parchment paper. Tuangkan adunan.

  3. Bakar suhu 150 selama 40 minit. Sementara itu, buat rasberi sos. Campurkan kesemua bahan. Masak sehingga pekat. Tapiskan dan sejukkan.

  4. Apabila kek sudah masak dan sejuk, potongkan kepada 3 bahagian.

  5. Pukul whipping cream yang ditambah dengan 2 sudu air buah tin. Pukul hingga gebu dan kembang.

  6. Rujuk video untuk proses melapis kek. Sejukkan dan sedia dihidang