Resepi Kek Batik Indulgence - Seminit Resepi

Kek Batik Indulgence



Resepi :  Kek Batik Indulgence

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kek

  • 100 gram marjerin
  • 1 tbsp serbuk koko
  • 3 tbsp milo
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 tbsp nutella
  • 16 keping biskit marie

Bahan Creamcheese

  • 100 gram creamcheese
  • 150 gram whipping cream
  • 5 tbsp susu pekat

Bahan Choc Ganarche

  • 80 gram coklat susu
  • 80 gram whipping cream

Cara-cara

  1. Panas kan marjerin hingga cair kemudian masukkan bahan lain kecuali biskut marie.

  2. Masak hingga menggelegak. Kemudian patah-patahkan biskit marie. Gaul sebati.

  3. Masukkan adunan ke dalam loyang. Sejukkan hingga set Untuk membuat creamcheese, satukan kesemua bahan dan pukul hingga gebu.

  4. Lapiskan adunan ke atas kek batik tadi. Sejukkan.

  5. Cair kan coklat dam whipping cream. Apabila coklat sudah cair, biarkan hingga coklat suam. Tuangkan ke atas kek batik tadi. Sejukkan semalaman

  6. Potong kek batik indulgence dan sedia dihidang