Resepi Sambal Telur Pecah - Seminit Resepi

Sambal Telur Pecah



Resepi :  Sambal Telur Pecah

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang holland
  • 1 cawan cili kering
  • Garam
  • Gula
  • 2 tbsp Sos cili
  • Air
  • 6 biji telur
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Kisar halus bawang dan juga cili kering. Tumis sehingga baik bau.

  2. Kemudian masukkan daun pandan. Ini akan menyebabkan sambal kita wangi dan bertambah sedap.

  3. Tumis sambal hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sedikit air.

  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian pecahkan telur satu per satu.

  5. Biarkan telur masak. Sambal telur pecah sedia dihidang