Resepi Roti Puri- Seminit Resepi

Roti Puri



Resepi :  Roti Puri

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp yis kering
  • 1 tbsp susu pekat
  • Garam
  • 1 tbsp margerin
  • 1 tbsp minyak jagung
  • 1/2 air suam (tambah jika perlu)

Bahan Sambal Sardin

  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili giling
  • 1 tin kecil sardin
  • 2 tbsp sos cili
  • Sedikit air

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan roti kecuali air. Ramaskan sehingga menjadi 'bread crumb'

  2. Masukkan air dan uli seketika. Perapkan adunan 30 minit

  3. Sambil itu, kita boleh masak sambal sardin. Tumiskan bawang holland yang dipotong dadu.

  4. Kemudian masukkan cili giling, masukkan sedikit air apabila sudah pecah minyak.

  5. Masukkan pula sardin dan juga sos cili. Masak sehingga pekat. Ketepikan

  6. Ambil doh roti tadi, uli sekejap. Bulat-bulat kan doh, dan leperkan menggunakan 2 helai plastik. (Rujuk video) Ulang sehingga selesai.

  7. Dalam kuali, isikan minyak banyak. Supaya roti boleh tenggelam. Goreng roti tadi sambil curahkan minyak ke atas roti. Pastikan suhu minyak tidak terlalu panas. (rujuk video)

  8. Roti puri sedia dihidang bersama sambal sardin