Resepi Aiskrim Ala Magnum- Seminit Resepi

Aiskrim Ala Magnum



Resepi :  Aiskrim Ala Magnum

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Coklat

  • 1/2 cawan coklat callabaut
  • 1/2 cawan coklat beryls

Bahan Aiskrim

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 4 tbsp tepung jagung
  • Esen vanila

Cara-cara

  1. Cair kan coklat menggunakan microwave. Kemudian sejukkan.

  2. Di dalam periuk bersih, satukan kesemua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.

  3. Kemudian, masukkan tepung jagung yang sudah dikacau dengan air. Masak hingga pekat. Sejukkan di dalam peti. Pastikan susu betul-betul sejuk sebelum digunakan

  4. Masukkan coklat ke dalam piping bag, kemudian paipkan ke dalam plastik aiskrim. (Rujuk video)

  5. Ratakan menggunakan kad. Tuang kan susu yang sudah sejuk tadi. Ikat dan beku kan semalaman. Aiskrim ala-ala magnum sedia dimakan. Selamat mencuba