Resepi Talam Keladi- Seminit Resepi

Talam Keladi



Resepi :  Talam Keladi

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Bawah

  • 150 gram keladi
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
  • 150 ml santan
  • 3 tbsp gula
  • 350 ml air
  • Sedikit garam

Bahan Atas

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 125 ml santan
  • 250 ml air
  • Pewarna ungu

Cara-cara

  1. Kupas keladi dan potong dadu. Rebus hingga empuk.

  2. Kemudian satukan kesemua bahan bawah (kecuali keladi) ke dalam periuk bersih. Kacau rata dan masak sehingga adunan suam. Masukkan keladi rebus tadi

  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci, dan kukus selama 15 minit.

  4. Sementara itu, satukan kesemua bahan untuk lapisan atas. Masak sehingga suam. Kemudian tuangkan ke atas adunan bawah yang sudah masak tadi.

  5. Tapis untuk mendapatkan kuih yang halus. Kukus lagi 15 minit. Sejukkan dan talam sedia dihidang.