Resepi Inkigayo Sandwich- Seminit Resepi

Inkigayo Sandwich



Resepi :  Inkigayo Sandwich

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 2 biji kentang kecil
  • 1 biji telur
  • 4 keping isi ketam
  • 2 tbsp mayonis
  • 1 tbsp susu segar
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah

Bahan B

  • 1 cawan Kubis
  • 1 cawan Lobak merah
  • 1 tbsp Mayonis
  • 1 tbsp Sos cili

Bahan C

  • Jem Strawberi
  • Roti

Cara-cara

  1. Rebus kentang dan telur sehingga masak. Ketepikan

  2. Hiris isi ketam nipis-nipis dan masak menggunakan non stick pan. Ketepikan.

  3. Buat kan sos untuk bahan A. Satukan mayonis, susu, garam, gula dan lada sulah.

  4. Lenyekkan kentang dan telur. Satukan dengan isi ketam dan juga sos tadi. Ketepi kan.

  5. Untuk bahan B, hiris nipis kesemua sayur dan gaulkan bersama sos dan mayonis. Ketepikan.

  6. Ambil sekeping roti, lapiskan dengan bahan A, kemudian letak roti lagi.

  7. Sapukan pula dengan jem strawberi. Lapiskan lagi dengan sekeping roti dan letak salad yang telah kita sediakan. Akhir sekali, lapiskan sekeping roti.

  8. Balutkan roti dengan plastic wrap. Potong 2 dan inkigayo sandwich sedia dimakan.