Resepi Telaga Emas - Seminit Resepi

Telaga Emas



Resepi :  Telaga Emas

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 125 gram tepung pulut
  • 20 gram tepung gandum
  • 5 gram tepung jagung
  • Air secukup nya
  • Sedikit garam
  • Pewarna kegemaran

Bahan B

  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1/2 cawan air
  • 3 tbsp gula
  • 1 tbsp tepung kastad
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Esen vanila
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Dimulakan dengan menyediakan bahan A telebih dahulu. Campurkan kesemua tepung dan uli bersama air. Tuang kan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. warnakan doh mengikut kesukaan anda. Cik Ain pilih pink dan hijau.

  2. Bulat-bulat kan doh dan penuhkan dinding acuan lompang (rujuk video) Spray kan cooking spray untuk mudah di cabut nanti.

  3. Kemudian kita sedia kan bahan B. Campur kan kesemua adunan ke dalam periuk bersih, kemudian kacau rata. Masak sekejap dan tapis kan

  4. Tuang adunan B ke dalam acuan lompang tadi. Kukus selama 12 minit.

  5. Sejukkan dan sedia dihidang. Selamat mencuba