Resepi Nasi Ayam Hainan- Seminit Resepi

Nasi Ayam Hainan



Resepi :  Nasi Ayam Hainan

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Ayam

  • Ayam 1 ekor
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 ikat daun bawang
  • Air secukupnya
  • Garam

Bahan Nasi

  • 5 cawan nasi
  • Sedikit lemak ayam
  • Air rebusan ayam
  • Garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan Kuah Kicap

  • 2 tbsp kicap cair
  • 2 tbsp sup ayam
  • 1 tbsp minyak bijan

Bahan Sambal

  • 5 btg cili hidup
  • 3 btg cili padi
  • Air rebusan ayam
  • Gula
  • Garam

Bahan Sambal Halia

  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia muda
  • 1 tbsp minyak panas

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan ayam ke dalam periuk, rebuskan selama 30 minit secara perlahan.

  2. Apabila ayam sudah masak, keluar kan dan rendam di dalam air sejuk supaya dapat memberhentikan proses memasak ayam tadi.

  3. Dalam periuk bersih, tumiskan lemak ayam bersama baeang putih dan halia yang ditumbuk. Apabila sudah naik bau, masukkan beras. Tumis hingga beras sedikit kering. Masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan ayam tadi.

  4. Untuk membuat kuah kicap, satukan sahaja kesemua bahan dan ketepikan.

  5. Kisar kesemua bahan untuk sambal dan perasakan dengan garam dan gula.

  6. Sagat halus halia muda dan bawang. Kemudian tuangkan dengan panas. Ketepikan.

  7. Sapukan ayam tadi dengan kuah kicap. Dan nasi ayam hainan sedia dihidang.