Resepi Tepung Pasung Pandan - Seminit Resepi

Tepung Pasung Pandan



Resepi :  Tepung Pasung Pandan

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5 helai daun pandan
  • 200 ml air
  • 40 gram tepung beras
  • 20 gram tepung ubi
  • 1 tbsp air kapur
  • 200 ml air
  • 5 tbsp gula

Bahan B

  • 1 cawan santan
  • 1/3 cawan air
  • 30gram tepung beras
  • 20 gram tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 tbsp gula
  • Daun pisang

Cara-cara

  1. Buat kelongsong kuih terlebih dahulu (rujuk video)

  2. Kisar pandan bersama air, dan ambil airnya sahaja.

  3. Satukan kesemua bahan A dan kacau rata. Masak gunakan api yang perlahan sehingga sedikit pekat.

  4. Kukus air terlebih dahulu menggunakan api sederhana. Susun kelongsong di dalam lubang periuk kukusan. Isikan 3/4 bahan A ke dalam kelongsong. Kukus sekitar 7 minit.

  5. Sambil itu, satukan kesemua bahan B ke dalam periuk. Kacau rata.

  6. Masakkan sekejap sehingga pekat.

  7. Tuang bahan B ke dalam kelongsong tadi. Penuhkan dan kukus lagi 10 minit. Sejukkan dan sedia dihidang