Resepi Gulai Tenggiri - Seminit Resepi

Gulai Tenggiri



Resepi :  Gulai Tenggiri

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 tbsp cili kisar
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 tbsp biji sawi
  • Rempah kasar
  • 5 tbsp rempah kari ikan
  • 5 keping ikan tenggiri
  • Bendi
  • Terung
  • Tomato
  • 2 asam keping
  • Air secukup nya
  • Santan RM2
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika

  2. Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu.

  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.

  4. Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri

  5. Masukkan santan dan tomato. Perasakan. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. Selamat mencuba