Resepi Ayam Gochujang Rangup - Seminit Resepi

Ayam Gochujang Rangup



Resepi :  Ayam Gochujang Rangup

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Perapan Ayam

  • 10 ketul ayam
  • Serbuk serbaguna
  • Susu segar

Bahan Salutan

  • 10 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1 tspn serbuk bawang putih
  • 1 tspn cajun
  • 1/2 tspn serbuk halia
  • 1/2 tspn serbuk cili
  • Sediki garam

Bahan Sos

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tbsp sos cili
  • 1 tbsp kicap pekat
  • 2 tbsp gochujang
  • Sedikit air
  • 1 tbsp madu
  • 1/2 tspn serbuk halia
  • Sedikit garam
  • 1 tspn minyak bijan
  • Bijan butih
  • Daun bawang

Cara-cara

  1. Gaulkan serbuk serbaguna bersama susu segar hingga pekat. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.

  2. Perap sekurang-kurang nya 2 jam Untuk buat serbuk salatan, campurkan sahaja kesemua bahan. Kemudia golekkan ayam yang kita sudah perap tadi.

  3. Masukkan ke dalam philips air fryer, dan masak suhu 180 selama 20 minit. Semburkan dengan cooking spray untuk ayam lebih rangup.

  4. Sambil itu, tumis kan bawang putih yang sudah dicincang halus bersama sedikit minyak. Kemudia masukkan sos cili dan kicap. Masukkan juga sedikit air.

  5. Masukkan gochujang dan kacau rata.

  6. Kemudian, perasakan dengan madu, serbuk halia dan garam.

  7. Akhir sekali masukkan minyak bijan.

  8. Gaulkan ayam tadi bersama sos gochujang, dan taburkan bijan putih.

  9. Taburkan juga daun bawang. Sedia dihidang