Resepi Buko Salad - Seminit Resepi

Buko Salad



Resepi :  Buko Salad

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1 kotak jelly
  • 3 cawan air
  • Pewarna
  • 1 liter air kelapa
  • 1/2 cawan sagu mata ikan
  • 1 tbsp biji selasih
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 tbsp Susu Tepung ( Kami guna Lazz Susu Kambing )
  • Sirap

Cara-cara

  1. Masakkan jelly bersama air. Dan bahagikan kepada 3 warna. Merah, hijau dan kuning. Sejukkan.

  2. Dalam periuk bersih, masak sagu mata ikan sehingga lutsinar.

  3. Basuh dan tapiskan sagu yang sudah dimasak.

  4. Sementara itu, rendam biji selasih selama 5 minit.

  5. Dalam mangkuk besar, satukan air kelapa, susu pekat, susu cair dan juga lsusu tepung. Kacau rata.

  6. Ambil jelly yang sudah keras, potong dadu dan masukkan ke dalam mangkuk air susu tadi.

  7. Masukkan juga biji selasih dan sagu mata ikan.

  8. Letak sedikit sirap untuk kelihatan cantik.

  9. Hidang bersama ais. Selamat mencuba.