Resepi Tart Nanas Bunga - Seminit Resepi

Tart Nanas Bunga



Resepi : Pavlova Oreo

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 125 gram buttercup
  • 2 tbsp minyak sapi
  • 3 tbsp gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Pewarna kuning
  • 2 cawan tepung gandum (jangan habiskan)
  • 2 tbsp susu tepung (pilihan)
  • 2 tbsp serbuk badam
  • 2 tbsp tepung kastad
  • 2 tbsp tepung jagung
  • Jem nenas

Cara-cara

  1. Satukan buttercup, minyak sapi dan gula aising. Kacau rata

  2. Masukkan pula kuning telur, esen vanila dan sedikit pewarna. Kacau rata

  3. Kemudian, masukkan kesemua jenis tepung. Jangan habiskan tepung gandum. Tambah mengikut kelembutan doh

  4. Uli adunan dan terapkan bentuk bunga (rujuk video).

  5. Masukkan ke dalam paper cup dan letakkan jem nenas yang dibulatkan. Bakar suhu 150°C selama 25 minit. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.