Resepi Semperit Ombre - Seminit Resepi

Semperit Ombre



Resepi : Semperit Ombre

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 230 gram buttercup
  • 20 gram minyak sapi
  • 90 gram gula aising
  • 115 gram tepung kastad
  • 110 gram tepung jagung (tambah jika perlu)
  • 160 gram tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Gaul rata buttercup, minyak sapi dan gula aising hingga sebati. Masukkan pula kuning telur dan juga esen vanila. Gaul rata sahaja.

  2. Kemudian masukkan pula bahan-bahan lain. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Tambah sedikit demi sedikit tepung jagung jika doh terlalu lembik.

  3. Warnakan doh mengikut warna yang anda suka. (Rujuk video)

  4. Paipkan doh menggunakan acuan semperit. Bakar suhu 150 selama 25 minit. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.