Resepi Ayam Masak Thai - Seminit Resepi

Ayam Masak Thai



Resepi : Ayam Masak Thai

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1/2 tbsp serbuk kunyit
  • 1 tbsp madu
  • 1/2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 3 tangkai cili hidup *
  • 5 tangkai cili padi *
  • 3 batang serai
  • 10 helai daun limau purut
  • 4 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp sos cili
  • Karot
  • Kacang buncis
  • 1 kiub ayam
  • Air

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, dan madu. Kemudian goreng separuh masak.

  2. Kisar halus semua bahan bertanda '*' dan tumiskan hingga pecah minyak.

  3. Masukkan daun limau purut yang di carik dan serai yang dititik. Tumis sekejap

  4. Masukkan sos cili dan juga sos tiram. Tumis seketika.

  5. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Masukkan sedikit air

  6. Apabila ayam sudah masak, masukkan karot, kacang buncis dan juga kiub ayam. Biar sekejap.

  7. Ayam masak thai sedia dihidang.