Resepi Talam Cendol - Seminit Resepi

Talam Cendol



Resepi : Talam Cendol

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan A

  • 100 gram tepung beras
  • 125 ml santan pekat
  • 225 ml air
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 130 gram gula kastor
  • Secubit garam
  • Cendol

Bahan B

  • 1 ketul gula melaka
  • 100 gram gula merah
  • 250 ml air
  • 75 gram tepung gandum
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 125 ml santan
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan A kecuali cendol. Kacau rata dan buka api sederhana

  2. Masak sekejap hingga suam. Apabila terdapat ketulan di dasar periuk, anda boleh tutup api. Kacau rata.

  3. Tuang kan adunan ke dalam loyang yang anda ingini. Tuang juga cendol. Kukus selama 20 minit.

  4. Untuk membuat lapisan atas, masak gula melaka bersama air. Kemudian tapiskan.

  5. Kacau bahan-bahan lain hingga rata, kemudian masukkan air gula yang sudah sedikit suam.

  6. Masak sekejap. Sama seperti kaedah di lapisan bawah.

  7. Tuang ke dalam loyang tadi. Kukus lagi 25 minit. Sejukkan. Talam cendol sedia dihidang