Resepi Cendol - Seminit Resepi

Cendol



Resepi : Cendol

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan Cendol

  • 3 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tbsp air kapur
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan Air Gula

  • 3 keping gula melaka
  • 2 cawan gula merah
  • Sehelai daun pandan

Bahan Santan

  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Kisar daun pandan bersama air, dan tapiskan.

  2. Dalam periuk bersih, satukan kesemua bahan untuk membuat cendol dan masak menggunakan api sederhana sehingga berkilat. Pastikan cendol di kacau sentiasa untuk mengelakkan hangus

  3. Sediakan mangkuk besar yang berisi air sejuk. Paip kan cendol yang sudah dimasak tadi ke dalam air. (Rujuk video)

  4. Cendol sedia digunakan.

  5. Untuk membuat air gula, satukan kesemua bahan dan masak hingga sedikit pekat.

  6. Untuk membuat air santan, satukan kesemua bahan dan kacau rata

  7. Cendol sedia dihidang bersama ais. Selamat mencuba