Roti Boy Boy - Seminit Resepi

Roti Boy Gebu



Resepi : Rotiboy Gebu

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Bahan roti

  • 290 gram tepung roti
  • 35 gram butter
  • 1/2 tbsp bread improver
  • 2 tbsp gula kastor
  • 1 biji telur
  • 165 ml susu segar suam
  • 11 gram yis
  • Salted butter

Bahan topping

  • 1 paket instant coffee
  • 1 tbsp air panas
  • 50 gram unsalted butter
  • 50 gram gula kastor
  • 1 biji telur
  • 50 gram tepung kek

Cara-cara

  1. Campurkan susu segar suam bersama yis. Biarkan 10 minit
  2. Dalam bowl bersih, campurkan kesemua bahan roti kecuali telur, gaul rata.
  3. Apabila yis sudah kembang, satukan dengan bahan kering tadi bersama telur. Uli hingga doh menjadi elastik.
  4. Perapkan doh selama 30 minit. Kemudian uli kembali doh selama 5 minit. Perapkan doh lagi 30 minit.
  5. Apabila doh sudah kembang, ulikan doh seketika. Kemudian bulat-bulat kan doh mengikut saiz yang anda suka
  6. Isikan butter di tengah doh yang sudah dibulatkan tadi. Biar hingga kembang.
  7. Sementara itu, siapkan bahan untuk topping.
  8. Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan bahan lain. Pukul lagi hingga rata.
  9. Dalam bekas bersih, satukan instant coffee bersama air. Kemudian satukan dengan adunan topping tadi. Kacau rata.
  10. Paipkan topping di atas roti yg sudah kembang. Bakar suhu 160 selama 20 minit. Sedia dihidang. Selamat mencuba.