Mee Rebus - Seminit Resepi

Mee Rebus



Resepi : Mee Rebus

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

( Bahan kisar )

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 tbsp udang kering

( Bahan kuah )

  • 2 tbsp serbuk kari daging
  • 2 tbsp taucu
  • 1/2 kg daging
  • Fishball
  • Fishcake
  • 1/2 kg keledek
  • 1/2 cawan kacang tumbuk
  • Gula 
  • Garam
  • Air secukupnya

( Bahan lain )

  • Mee kuning
  • Taugeh
  • Daun sup
  • Telur rebus
  • Cili hiris
  • Limau kasturi

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan rempah kari dan juga taucu. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging yang dihiris halus. Kemudian masukkan pula keledek yang sudah direbus dan dilenyek.
  3. Masukkan air. Biar hingga daging empuk.
  4. Setelah itu, masukkan pula kacang tumbuk. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Masak hingga kuah pekat. Masukkan fish ball dan fish cake.
  6. Kuah sedia dihidang bersama mee dan bahan-bahan lain. Selamat mencuba.