Biskut Pisang Comey - Seminit Resepi

Biskut Pisang Comey



Resepi : Biskut Pisang Comey

Bahan-bahan

Bahan A

  • 170 gram butter
  • 50 gram gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 tspn esen pisang
  • 280 gram tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 20 gram susu tepung
  • 20 gram serbuk badam

Bahan B

  • 1 cawan kacang tanah
  • 2 tbsp gula
  • Bahan C
  • Coklat putih
  • Coklat gelap
  • Pewarna kuning

Cara-cara

  1. Satukan butter dan juga gula aising. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan lain. Kacau hingga sebati.
  3. Untuk membuat inci kacang, hendaklah disangai kacang tanah terlebih dahulu.
  4. Kemudian kisar bersama gula hingga hampir menjadi paste
  5. Bentukkan doh seperti pisang dan isikan dengan inti kacang.
  6. Bakar suhu 150 selama 25 minit.
  7. Sejukkan.
  8. Cair kan coklat putih dan letakkan pewarna kuning. Masukkan sedikit minyak jagung.
  9. Celupkan biskut yang sudah sejuk ke dalam coklat. Toskan hingga coklat sejuk.
  10. Sapukan pula dengan coklat gelap yang sudah dicairkan (refer video). Sedia dihidang.