Rainbow Crepe Cake - Seminit Resepi

Rainbow Crepe Cake



Resepi : Rainbow Crepe Cake

Bahan-bahan

Bahan Crepe

  • 6 biji telur
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan butter cair
  • Esen vanila
  • 1/3 cawan gula
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan susu tepung
  • Pewarna

Bahan Filling

  • 2 1/2 cawan whipping cream
  • 1/3 cawan serbuk aiskrim
  • 1/3 cawan gula aising

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan crepe kecuali pewarna ke dalam blender. Kisar halus. Buangkan buih untuk mendapatkan crepe yang halus
  2. Warnakan adunan kepada 6 warna.
  3. Masak crepe menggunakan non stick pan.
  4. Putarkan bahan whipping cream hingga kembang.
  5. Kemudian lapiskan crepe dengan whipping cream.
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam. Potong dan hidangkan bersama caramel sos. Selamat mencuba.