Tauhu Bergedil - Seminit Resepi

Tauhu Bergedil



Resepi : Tauhu Begedil Cik Ain

Daging kisar tak perlu masak/rebus dulu sebab daging kisar mudah masak. Bukan macam daging potong.

Bahan-bahan

Bahan inti

  • 2 biji kentang
  • 1 keping daging kisar
  • 1/2 batang carrot
  • Setangkai daun sup
  • 1 kiub ayam
  • 3 tbsp bawang goreng
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit seasoning

Bahan sambal kicap

  • 1/2 cawan kicap manis
  • 10 btg cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tbsp gula
  • 1 1/2 tbsp garam
  • 6 biji air limau kasturi

Bahan lain

  • Tauhu goreng
  • Telur
  • Tepung jagung

Cara-cara

  1. Rebus kentang terlebih dahulu.
  2. Kemudian satukan kesemua bahan inti ke dalam food processor dan kisar halus.
  3. Sumbatkan inti ke dalam tauhu goreng.
  4. Celupkan tauhu ke dalam telur dan golekkan dengan tepung jagung. Goreng garing.
  5. Untuk buat sambal, satukan kesemua bahan dan kisar. Perasakan ikut selera. Tauhu begedil sedia dimakan bersama sambal kicap