Macaron Blueberry Cheesecake - Seminit Resepi

Macaron Blueberry Cheesecake



Resepi : Macaron Blueberry Cheesecake

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 biji putih telur
  • 53 gram gula castor

Bahan B

  • 117 gram gula aising
  • 71 gram serbuk badam

Bahan creamcheese

  • 50 gram salted butter
  • 50 gram cream cheese
  • 2 tbsp gula aising
  • Blueberry filling

Cara-cara

  1. Pukul putih telur hingga separuh kembang, kemudian masukkan gula kastor. Masukkan pewarna jika suka
  2. Pukul hingga medium peak
  3. Masukkan serbuk badam dan juga gula aising sedikit demi sedikit. Kacau menggunakan kaedah kaup balik
  4. Kacau adunan hingga mendapat kepekatan yang boleh membentuk reben (rujuk video)
  5. Paipkan adunan ke atas macaron mat. Keringkan 30 minit. Bakar pada suhu 145 selama 15 minit. Sejukkan.
  6. Untuk membuat cream cheese, satukan kesemua bahan dan pukul hingga kembang.
  7. Paip kan filling ke atas macaron. Macaron sedap dimakan apabila simpan di dalam peti semalaman. Selamat mencuba.