Biskut Lidah Kucing - Seminit Resepi

Biskut Lidah Kucing - Baru



Resepi : Biskut Lidah Kucing

Nah resepi yang Cik Ain mudahkan.. Haritu live panjang sangat kan :)
Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 250 gram buttercup
  • 200 gram tepung gandum
  • 20 gram serbuk badam
  • 50 gram tepung jagung
  • 160 gram gula kastor
  • 3 biji putih telur
  • Esen vanila
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Pukul buttercup dan gula hingga sedikit kembang, kemudian masukkan putih telur. Pukul lagi
  2. Apabila sudah sebati, masukkan esen vanila dan bahan kering. Kacau sebati
  3. Warnakan adunan kepada 5 warna.
  4. Paipkan adunan ke atas loyang lidah kucing.
  5. Bakar suhu 150 selama 25 minit. Sedia dihidang.