Resepi Choc Bubble Rice - Seminit Resepi

Choc Bubble Rice



Resepi : Choc Bubble Rice

Ramai betul mintak resepi ni.. Ni Cik Ain dah bagi korang kene try ok. Simple je :) Tunggu sejuk baru campur tau..
Buku Resepi >> www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 2 cawan bertih beras
  • 100 gram coklat susu
  • 2 tbsp nutella
  • 3 tbsp minyak jagung
  • Coklat hiasan

Cara-cara

  1. Sangai bertih beras hingga sedikit suam. Sejukkan.
  2. Cairkan coklat (double boiling atau microwave) dan kacau bersama nutella dan juga minyak jagung. Sejukkan
  3. Apabila kesemua bahan sudah di tahap suhu bilik, gaulkan bersama.
  4. Tabur coklat hiasan kegemaran anda. Sedia dihidang