Resepi Pulut Kuning Rendang Daging

Pulut Kuning + Rendang Daging



Resepi : Pulut Kuning + Rendang Daging

Formula Mudah Kawal Emosi di http://emosiibu.com
Buku Resepi : https://www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

Rendang

  • Daging 1kg
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili kering segenggam
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 3 barang serai
  • 3 tbsp kerisik
  • Santan cair 2 cawan
  • 4 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam 
  • Gula

Bahan pulut

  • Beras pulut
  • Serbuk kunyit
  • Santan
  • Air

Cara-cara

  1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit 2 jam.
  2. Kisar halus bawang, cili kering, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, buah keras bersama air dan minyak.
  3. Dalam kuali bersih, masukkan daging dan bahan kisar bersama air. Masak hingga sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan kerisik, santan dan jugak daun limau purut, daun kunyit yang dihiris halus.
  5. Masakkan hingga kering. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Masak beras pulut tadi bersama santan.
  7. Pulut kuning sedia dihidang bersama rendang dan telur rebus. Selamat mencuba.