Japanese Creampuff

Japanese Creampuff



Resepi : Japanese Creampuff
Tips : Sembur air pada coux sebelum bakar untuk lebih gebu
Buku Resepi >> https://seminitresepi.my

== Bahan-bahan ==

( Bahan craquelin )

  • 35 gram salted butter
  • 20 gram gula aising
  • 35 gram tepung kek

( Bahan coux )

  • 200 ml air
  • 40 gram unsalted butter
  • 1 cawan tepung kek
  • 4 biji telur
  • Esen vanila

( Bahan custard )

  • 100 ml air
  • 2 tbsp tepung kastad
  • 2 tbsp gula
  • Esen vanila

( Bahan cream )

  • 1 cawan whipping cream
  • 3 tbsp serbuk aiskrim

== Cara-cara ==

  1. Kita perlu sediakan craquelin terlebih dahulu.
  2. Kacau butter dan gula aising hingga sedikit kembang, masukkan tepung kek. Kacau rata
  3. Leperkan di atas parchment paper dan sejukkan dalam peti.
  4. Di dalam periuk bersih, satukan air dan juga butter. Masak hingga mendidih. Masukkan esen vanila.
  5. Kemudian masukkan tepung kek dan masak seketika.
  6. Sejukkan adunan terlebih dahulu sebelum masuk telur.
  7. Masukkan telur satu per satu. Jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan air sedikit.
  8. Paipkan coux ke atas loyang, semburkan sedikit air untuk puff jd lebih gebu.
  9. Ambil craquelin tadi, dan terap menggunakan cookie cutter. Letakkan ke atas coux. Bakar suhu 180 selama 30 min. Biar seketika.
  10. Masak kastad terlebih dahulu. Kemudian sejukkan.
  11. Ambil bowl bersih, satukan whipping cream, serbuk aiskrim dan juga kastad yg telah sejuk tadi.
  12. Pukul hingga kembanh.
  13. Paipkan krim ke dalam coux yg telah sejuk.
  14. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.