Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Kuih Keria Gula Melaka



Resepi : Kuih Keria Gula Melaka 

Bahan-bahan

( Bahan keria )

  • 500gram keledek manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp tspung beras
  • 1/2 tbsp baking powder
  • 1/2 cawan air

( Bahan gula melaka )

  • 250 gram gula merah
  • 1 keping gula melaka
  • 1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Potong kecil keledek manis dan rebus hingga empuk. Kemudian toskan
  2. Lenyek kan keledek, kemudian masukkan bahan lain.  Gaul hingga boleh bentuk.
  3. Bentukkan keria bulat-bulat, dan lubangkan di tengah. 
  4. Goreng dengan minyak sederhana panas. Ketepikan
  5. Rebuskan kesemua bahan hingga pekat. Kemudian salutkan dengan keria yang telah digoreng tadi. 
  6. Sejukkan dan sedia dihidang.