Taufu Fa

Taufu Fa



Resepi : Taufu Fa
Ini versi agar-agar. Sebab senang nak cari. 
Masak api perlahan. Minimum masak 30 minit untuk elak pahit.

== Bahan-bahan ==

( Bahan air soya )
  • 300 gram kacang soya
  • Kain penapis
  • Air secukup nya
  • Gula
( Bahan Taufu Fa )
  • 500 ml Air soya
  • 4 gram Serbuk agar-agar
( Bahan kuah gula merah )
  • 1 helai daun pandan
  • Gula perang
  • Air
  • Gula merah

== Cara-cara ==

  1. Rendam kacang soya 4-6jam. Apabila sudah kembang, ramaskan kacang soya supaya kulit tercabut.
  2. Ulang proses hingga anda puas hati. Kulit soya akan menyebabkan soya pahit.
  3. Kisar kacang soya dengan air. Tapis menggunakan kain supaya tiada hampas.
  4. Masak soya menggunakan api sederhana hingga menggelegak. Masukkan gula mengikut cita rasa.
  5. Satukan air soya tanpa gula dengan serbuk agar-agar. Masak hingga mendidih. Sejukkan.
  6. Dalam periuk bersih, satukan kesemua bahan kuah gula merah. Apabila menggelegak, matikan api.
  7. Sejukkan kedua-duanya.
  8. Hidang ketika sejuk. Selamat mencuba.