Talam Seri Muka

Talam Seri Muka



Bahan-bahan
( Bahan bawah Loyang 7 inci )

  • 1 cawan beras pulut
  • 150 ml santan
  • Sedikit garam

​( Bahan atas )

  • 3 helai daun pandan
  • 250 ml air
  • 150 ml santan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 tbspn tepung jagung
  • 1/2 tbsp tepung beras
  • 1/2 tbsp tepung kastad
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau dan kuning
  • 150 gram gula
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Kemudian satukan santan dan juga garam.
  3. Kukus pulut selama 25-30 minit.
  4. Apabila sudah masak, masukkan ke dalam loyang yang sudah di alas plastik. Padatkan pulut. Ketepikan.
  5. Kisar halus daun pandan bersama air. Tapiskan.
  6. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Apabila sudah rata, masak dengan api yg kecik hingga adunan berwap dan sedikit pekat.
  7. Letakkan pewarna dan ejas rasa anda.
  8. Tuangkan adunan pandan ke atas loyang pulut tadi. Kukus selama 10min.
  9. Potong menggunakan pisau plastik apabila kuih benar-benar sejuk. Sedia dihidang.