Kek Karamel Pelangi

Kek Karamel Pelangi



Bahan-bahan

( Bahan gula hangus )

  • 2 sudu gula kastor
  • Sedikit air

( Bahan puding karamel )

  • 3biji kuning telur
  • 2biji telur
  • 100 gram gula kastor
  • 1 tin susu cair
  • Esen vanila

( Bahan kek )

  • 2 biji kuning telur
  • 80 ml air
  • 30 ml minyak jagung
  • 30 gram gula kastor
  • 85 gram tepung naik sendiri
  • Esen vanila
  • 1 tspn ovelet

( Bahan maringue )

  • 4 biji putih telur
  • 50 gram gula kastor
  • Esen vanila
  • 1 tspn tepung jagung

Pewarna secukupnya


Cara-cara 

  1. Buat dahulu gula hangus. Tapi pastikan jangan terlalu hangus, nanti pahit. Kemudian tuangkan dalam loyang.
  2. Kemudian, kita buat puding karamel. Pukul telur dan juga gula seketika.
  3. Dalam periuk, suamkan susu cair dan juga sedikit esen vanila. Tuangkan adunan susu suam ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata dan tapis. Masukkan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  4. Dalam bowl bersih, satukan kesemua bahan kek kecuali minyak jagung.
  5. Apabila adunan sudah kembang, masukkan minyak jagung dan kacau secara kaup balik.
  6. Dalam bowl yg lain, pukul putih telur dan juga gula sampai medium peak.
  7. Bahagi kan adunan kek dan juga maringue kepada 5 mangkuk. Letakkan pewarna yg anda inginkan. Kacau rata.
  8. Ambil 1 sudu adunan kek setiap warna, dan masukkan ke dalam loyang yang ada puding karamel. (Refer video)
  9. Ulang hingga siap. Bakar menggunkan kaedah steam bath selama 1jam suhu 145.
  10. Pastikan kek betul2 sejuk baru keluarkan dari loyang. Kalau x, kek akan jatuh. (Biarkan semalaman lagi bagus)
  11. Sedia dihidang.