SeminitResepi

Strawberry Pistachio Cheese Cake Layer



Bahan-bahan
( Bahan kek )

  • 75 gram tepung kek
  • 60 gram gula
  • 2 biji telur
  • 35 ml air
  • 1 tspn ovelet
  • Esen vanila
  • Sedikit garam
  • 35 ml minyak jagung

( Bahan pistachio cheesecream )

  • 50 gram pistachio
  • 100 gram cream cheese
  • 100 gram whipping cream
  • 100 gram gula aising
  • Sedikit pewarna jika mahu
  • 5 gram gelatin

( Bahan topping )

  • Sedikit pistachio creamcheese
  • 50 gram whipping cream

Strawberry filling


Cara-cara

  1. Mulakan dengan membakar kek terlebih dahulu. Satukan kesemua bahan kek, kecuali minyak jagung
  2. Mix kan hingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung. Gaul menggunakan spatula hingga rata
  3. Masukkan dalam loyang petak 8 inci. Bakar suhu 145 selama 20min.
  4. Sejukkan kek dan bahagikan kepada 3 lapisan. Ketepikan.
  5. Untuk membuat creamcheese, kisar dahulu pistachio hingga menjadi bentuk lebih kecil.
  6. Mix kan whipping cream, gula aising dan cream cheese hingga gebu.
  7. Kemudian masukkan pistachio dan gelatin. Kacau rata. Masukkan pewarna jika mahu.
  8. Ambil 1 sudu adunan pistachio creamcheese dan pukul bersama whipping cream. Ketepikan.
  9. Sekarang, kita boleh mula buat lapisan kek.
  10. Ambil 1 lapisan kek, letakkan dalam loyang yang kita guna tadi. Sapukan strawberry filling.
  11. Kemudian ambil lagi 1 lapis kek, dan sapukan dengan pistachio creamcheese. 
  12. Akhir sekali, letak 1 lagi lapisan kek dan sapukan dengan topping. Hias ikut kreativiti anda. 
  13. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum potong.
  14. Kek sedia dihidang. Selamat mencuba