SeminitResepi

Nasi Ayam Penyet

Written on 06/09/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan ayam dan sup

  • 4 ketul ayam tight
  • Rempah kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • Air
  • Perasa

Bahan sambal ayam penyet

  • 2 biji tomato
  • 1 tbsp ikan bilis
  • 1 inci belacan
  • 2 cili hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Gula 
  • Garam
  • Limau kasturi

Bahan terung cili padi

  • Terung
  • 1 biji bawang besar
  • 2 cili hidup
  • 2 cili padi
  • Perasa

Bahan sampingan

  • Tempe
  • Tauhu
  • Timun
  • Salad

Cara Penyediaan

  1. Pertama sekali, buat sup untuk rebus ayam. Tumis rempah kasar, bawang dan halia yang telah dihiris. Kemudian masukkan ayam dan air. Perasakan. Biar hingga ayan empuk.
  2. Kemudian keluarkan ayam, salutkan ayan dengan sedikit tepung beras dan kunyit. Goreng garing
  3. Untuk membuat sambal, bahan-bahan perlu di masak hingga separuh layu terlebih dahulu.
  4. Kemudian kisar halus bahan tadi dan tumis. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Untuk buat terung berlada, layurkan terung dengan sedikit minyak dahulu. Supaya terung tidak hancur.
  6. Tumiskan bahan2 untuk terung berlada dan tumis hingga pecah minyak. Perasakan. Kemudian masukkan terung yang sudah dimasak tadi.
  7. Untuk tempe dan tauhu, bolwh goreng dengan sedikit kunyit dan garam atau ikut kreativiti masing-masing.
  8. Nasi ayam penyet sedia dihidang sebagai 1 set lengkap yang sihat. Selamat mencuba.

Korang boleh check out Celik AlQuran Official untuk mudah belajar mengaji. Untuk DEWASA pun boleh.. Serius.