SeminitResepi

Nona Manis

Written on 05/17/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan A

  • 1/2 cwn gula
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn santan
  • 1 biji telur

Bahan B

  • 1/2 cwn santan
  • 1/2 cwn air
  • Pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 cwn tepung jagung

Bahan C

  • 1 cwn santan
  • 1 tbsp tepung gandum
  • 1/2 tspn garam

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur dengan gula hingga sedikit kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan santan.
  2. Ulang hingga habis. Ketepikan sebentar.
  3. Satukan kesemua bahan B kedalam periuk, dan masak hingga berkilat.
  4. Kemudian, satukan bahan A ke dalam bahan B. Kacau rata
  5. Dalam periuk lain, satukan kesemua bahan C dan masak hingga pekat.
  6. Ambil acuan lompang, dan sapukan dengan minyak. Paipkan adunan hijau 3/4 bekas. Ulang hingga habis.
  7. Paipkan pula adunan putih di tengah-tengah supaya menjadi bulat. Kukus selama 15minit.
  8. Pastikan kuih sejuk dahulu, kemudian keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidang

Tips dari M&S Santan Kelapa :
• Pilihlah santan yang beraroma harum dan segar
• Dengan kepekatan sederhana, janganlah likat seperti susu pekat
• Ia seharusnya berwarna putih krim