SeminitResepi

Samyang Tteokbokki

Written on 03/11/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • 1 paket samyang
  • 1/2 paket tteokbokki
  • 5 ketul sosej
  • 1/2 biji bawang besar
  • Daun bawang
  • Telur puyuh
  • 2 keping cheesdale
  • Air secukupnya

Cara-cara

Langkah 1
Panaskan air hingga mereneh, kemudian masukkan tteokbokki. Rebus hingga masak.

Langkah 2
Kemudian masukkan mee samyang dan perencah. Masukkan juga bawang, daun bawang dan sosej. Tunggu hingga kuah sedikit kering.

Langkah 3
Masukkan telur puyuh yang sudah direbus terlebih dahulu.

Langkah 4
Apabila kuah agak pekat, masukkan cheesdale. Sedia dihidang. Selamat mencuba