SeminitResepi

Macaron Red Velvet

Written on 03/01/2018
Syafiq Zahidi


Bahan Macaron

  • 71 gram serbuk badam 
  • 117 gula aising 
  • 53 gram gula kastor 
  • 2 biji putih telur 
  • 1/2 tspn koko 
  • 1 tspn Red velvet emalco

Bahan Creamcheese

  • 200 gram creamcheese 
  • 3 sudu susu pekat 
  • 100 gram gula aising 
  • 200 gram whippingcream

Cara-cara

Langkah 1
Pukul putih telur dan gula hingga soft peak. Kemudian masukkan red velvet emulco dan pukul hingga medium peak.

Langkah 2
Dalam bekas lain, satukan gula aising, serbuk badam dan koko. Ayakkan.

Langkah 3
Kemudian, masukkan 1/3 bahan kering ke dalam adunan maringue tadi. Kacau secara kaup balik. Ulang hingga sebati.

Langkah 4
Untuk mendapatkan adunan yg tepat, cuba tuangkan adunan dan ianya jadi seperti reben.

Langkah 5
Paipkan adunan ke atas macaron mat dan bakar suhu 135 selama 15-20 min.

Langkah 6
Untuk membuat creamcheese. Satukan creamcheese, gula dan susu. Putar hingga gebu.

Langkah 7
Masukkan whipping cream dan putar hingga kembang. Sedia digunakan.

Langkah 8
Untuk menghias, ambil 2 keping macaron dan paipkan filling creamcheese. 

Langkah 9
Macaron sedap dimakan apabila disimpan semalaman di dalam peti. Selamat mencuba.