SeminitResepi

Pulut Nangka Manisss

Written on 02/20/2018
Syafiq Zahidi


Bahan pulut

  • 1 cawan pulut
  • 3/4 cawan air

Bahan pengat nangka

  • Nangka madu
  • 1 cawan santan
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 helai daun pandan
  • 2 tbsp tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 1 tspn halba

Cara-cara

Langkah 1
Satukan beras pulut dan air. Masak pulut dengan api sederhana.

Langkah 2
Potong kecil nangka madu, dan rebus dengan air hingga separuh empuk.

Langkah 3
Masukkan halba dan gula melaka.

Langkah 4
Masukkan pandan dan santan. Perasakan dengan garam.

Langkah 5
Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air.

Langkah 6
Sedia dihidang.