SeminitResepi

Hotteok @ Korean Pancake

Written on 02/02/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan Doh

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu minyak jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam

Bahan Filling

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Sedikit pecan

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan air, yis, gula dan minyak jagung. Perap sekejap. Masukkan tepung dan garam. Gaul rata

  •  Langkah 2

    Perap adunan hingga kembang

  •  Langkah 3

    Untuk buat filling, campurkan kesemua bahan.

  •  Langkah 4

    Apabila doh sudah kembal, uli sedikit dan potong kepada 8.

  •  Langkah 5

    Bulatkan 1 bahagian dan leperkan untuk isi filling.

  •  Langkah 6

    Cara memasak hotteok, letakkan seketul hotteok yang sudah diisi filling ke dalam non stick pan. Kemudian apabila bahagian bawah sudah keperangan, terbalikkan.

  •  Langkah 7

    Kemudian tekan sudip supaya hotteok menjadi leper. Goreng hingga masak. Sedia dihidang bersama air teh panas. Selamat mencuba