SeminitResepi

Roti Cheese Stick

Written on 01/30/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan Roti

  • 290 gram tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 11 gram yis
  • 1 biji telur
  • 35 gram butter
  • 1 sudu teh bread improver
  • 3 sudu gula castor

Bahan Topping

  • Mozarella
  • Butter cair
  • Madu
  • Serbuk bawang putih

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Susu segar disuamkan dan campur bersama yis kering hingga kembang. Masukkan gula dan kacau rata.

  •  Langkah 2

    Dalam bowl bersih, satukan kesemua bahan dan putar atau uli selama hingga elastik.

  •  Langkah 3

    Perapkan adunan selama 30min dan uli kembali. Ulang proses 3 kali. Doh sedia digunakan

  •  Langkah 4

    Buatkan doh kepada bentuk stik dan sapukan kuning telur. Tunggu sehingga adunan kembang 2 kali ganda

  •  Langkah 5

    Taburkan mozarella dan bakar 145 darjah selama 20 minit.

  •  Langkah 6

    Apabila roti sudah masak, sapukan butter cair yg sudah dicampur bersama madu dan serbuk bawang putih.

  •  Langkah 7

    Sedia dihidang. Selamat mencuba