SeminitResepi

Kek Blueberry

Written on 01/18/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kek

  • 75 gram tepung kek
  • 35 ml air
  • 60 gram gula
  • 2 biji telur
  • 35 ml minyak jagung
  • Esen vanila
  • Sedikit garam
  • 1 tspn ovelet

Bahan krim

  • 1 cawan whipping cream value pride
  • 3 tbsp bluberry filling

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan kesemua bahan untuk buat kek, kecuali minyak jagung.

  •  Langkah 2

    Apabila sudah kembang, masukkan minyak jagung dan kacau secara kaup balik hingga rata

  •  Langkah 3

    Masukkan adunan ke dalam loyang 6 inci, dan bakar selama 40 minit. Suhu 145°c

  •  Langkah 4

    Untuk membuat filling, pukul whipping cream hingga kembang.

  •  Langkah 5

    Ambil separuh adunan yang sudah kembang dan kacau bersama blueberry filling.

  •  Langkah 6

    Bahagikan kek kepada 4 lapis. Lapiskan kek dan krim blueberry hingga selesai. Hias mengikut kreativiti anda. Sejukkan dan sedia dihidang