SeminitResepi

Resepi Talam Labu

Written on 01/15/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan bahagian bawah

  • 1/2 cawan labu parut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 tbsp tepung kastad
  • 1/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • Sedikit garam

Bahan lapisan atas

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 tbsp gula
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

 

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan kesemua bahan utk lapisan bawah, dan masakkan sebentar.

  •  Langkah 2

    Masukkan ke dalam bekas dan kukus hingga masak.

  •  Langkah 3

    Ulang proses yang sama utk lapisan atas.

  •  Langkah 4

    Apabila sudah masak, sejukkan dan sedia dihidang