SeminitResepi

Kek Strawberry

Written on 12/13/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kek

  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 1 tspn tepung jagung
  • 1 tspn ovelet
  • 60 gram gula
  • 35 ml air
  • 35 ml minyak jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Esen vanila

Bahan krim

  • 1 cawan whipping cream
  • Filling strawberry

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan kesemua bahan kek, kecuali minyak jagung. Putar hingga kembang

  •  Langkah 2

    Kemudian masukkan minyak jagung, dan kacau menggunakan spatula sahaja

  •  Langkah 3

    Masukkan ke dalam loyang 6 inci, bakar suhu 145 selama 30 minit.

  •  Langkah 4

    Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum potong kepada 4

  •  Langkah 5

    Untuk membuat krim, sy menggunakan cream jenama vivo. Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan betul2 sejuk

  •  Langkah 6

    Untuk melapis kek, perlulah lapiskan kek, krim berserta filling strawberry. Ulang lapisan hingga habis.

  •  Langkah 7

    Hias mengikut kreativiti. Sejukkan sekurang-kurangnya 40 minit sebelum di potong. Selamat mencuba