SeminitResepi

Bubur Nasi Ikan

Written on 12/10/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang putih
  • 2 cawan beras
  • Kiub pati ayam
  • 1 batang lobak merah
  • 1 batang lobak putih
  • Isi ikan siakap atau ikan merah
  • Air secukupnya

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat, kemudian masukkan beras

  •  Langkah 2

    Masukkan air 1 liter dan biarkan hingga nasi masak. Masukkan sayuran dan tambah lagi air jika perlu

  •  Langkah 3

    Masukkan juga kiub pati ayam. Biarkan hingga menjadi bubur. Bila sudah masak, masukkan ikan. Kacau perlahan. Sedia dihidang