SeminitResepi

Fish & Chip

Written on 12/08/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kentang putar

  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu tepung jagung
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu kicap
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya

Bahan ikan

  • Isi ikan dori
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung serbaguna

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Rebus kentang hingga empuk, kemudian lenyekkan

  •  Langkah 2

    Masukkan sedikit butter dan susu segar. Kacau sebati

  •  Langkah 3

    Untuk membuat kuah, tumis bawang besar menggunakan butter, kemudian masukkan tepung jagung.

  •  Langkah 4

    Masukkan sedikit susu segar dan kacau rata. Masukkan kicap dan lada hitam

  •  Langkah 5

    Masukkan juga air dan serbuk perasa. Kacau rata dan olah mengikut rasa anda

  •  Langkah 6

    Untuk ikan, potong ikan dori kepada kecik, celupkan ke dalam serbuk tepung serbaguna.

  •  Langkah 7

    Kemudian celupkan pula ikan tadi ke dalam telur yang telah dikocak. Kemudian celupkan pula ke dalam breadcrums.

  •  Langkah 8

    Ikan sedia digoreng. Fish and chip sedia dihidang bersama salad. Selamat mencuba