SeminitResepi

Chicken Floss Bun

Written on 12/02/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan-bahan roti

  • 290 gram tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 11 gram yis
  • 35 gram butter
  • Sedikit garam
  • 1 tspn bread improver
  • 1 biji telur

Bahan mayonis

  • 2 tbsp mayonis
  • Gula
  • Garam

Bahan lain

  • Chicken floss
  • Kuning telur

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan yis dan susu segar yang suam. Biarkan selama 15 minit.

  •  Langkah 2

    Dalam bowl yang bersih, satukan tepung roti dan butter. Ramas sebati

  •  Langkah 3

    Masukkan garam dan bread improver. Gaul rata

  •  Langkah 4

    Masukkan adunan yis dan juga telur. Uli hingga adunan menjadi kenyal.

  •  Langkah 5

    Perap adunan selama 30 min, dan uli lagi. Ulang sebanyak 2 kali.

  •  Langkah 6

    Bentukkan adunan roti kepada yang anda ingini. Sapukan kuning telur di atas roti yang telah dibentuk. Perap 15 minit dan bakar pada suhu 140 selama 20-30 min

  •  Langkah 7

    Untuk membuat mayonis sapuan, satukan kesemua dan kacau rata.

  •  Langkah 8

    Ambil seketul roti dan belah tengah-tengah. Sapukan mayonis yang telah disediakan tadi. Isikan dengan chicken floss. Sedia dihidang.