SeminitResepi

Pulut Mangga

Written on 11/18/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan pulut

  • 2 1/2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan

Bahan kuah santan

  • 3 cawan santan
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 tspn garam
  • Sedikit air
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung
  • 2 helai daun pandan
  • Buah mangga

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Rendam beras pulut selama 2 jam dan kukus selama 10 minit.

  •  Langkah 2

    Kemudian gaulkan pulut separuh masak dengan santan. Sambung kukus hingga pulut masak.

  •  Langkah 3

    Di dalam pariuk, masukkan santan, air tepung jagung dan gula.

  •  Langkah 4

    Kacau rata. Kemudian masukkan garam dan pandan. Kacau hingga masak.

  •  Langkah 5

    Pulut mangga sedia dihidang. Selamat mencuba.