SeminitResepi

Sup Ikan Merah

Written on 03/04/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan-bahan tumis

  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan lain

  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Ikan merah
  • Cili padi
  • Daun sup
  • Lada hitam
  • Garam
  • Pati ayam
  • Air

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah naik bau, masukkan air.

  •  Langkah 2

    Masukkan juga lobak merah, lobak putih atau pun sayuran yang diingini.

  •  Langkah 3

    Masukkan kiub pati ayam, lada hitam dan ikan.

  •  Langkah 4

    Perasakan mengikut citarasa masing-masing. Sedia dihidang bersama ikan bilis yang ditumbuk dengan cili padi.