SeminitResepi

Cream Horn

Written on 10/27/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan custard

  • 1 1/4 cawan susu segar
  • 1/8 cawan tepung gandum
  • 1/8 cawan gula kastor
  • 1 tbsp tepung kastad
  • 2 biji kuning telur
  • Esen vanila

Bahan lain

  • Kulit pastry
  • Kuning telur
  • Gula kastor
  • Whipping cream

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan kesemua bahan custard dan masak hingga kental. Sejukkan.

  •  Langkah 2

    Ambil sehelai kulit pastry dan uli nipis. Potong kulit pastri lebar 1-2 cm memanjang.

  •  Langkah 3

    Gunakan acuan cream horn dan balut menggunakan pastry yang sudah dipotong tadi.

  •  Langkah 4

    Sapukan kuning telur pada kulit pastri tadi dan taburkan gula. Bakar suhu 150 selama 20 min atau keperangan.

  •  Langkah 5

    Apabila pastry sudah masak, picitkan custard yang sudah kita buat tadi, dan hias mengikut kreativiti. Sedia dihidang.